Monday, 22 June 2020

Lembaran Baru Kehidupanku

  Setelah 11 tahun, berakhirlah  penimbaanku ilmu  di sekolah harian yang Sedikit sebanyak telah mencorak peribadiku serta pemikiranku mengenai dunia yang luas ini. Aku sangat berysukur kerana masih punya orang tua yang maha tahu akan keperluan ku selama ini, serta tidak henti-henti untuk memberikan yang terbaik untuk anak bongsu mereka.
 
  Hatiku sering tertanya-tanya akan bentuk cabaran dan dugaan yang akan ku tempuhi selepas ini.Kekadang hati ini  berasa risau kerana kelak takut tidak mampu untuk mengharunginya sendirian.Walaubagaimanapun, hati kecil ini tetap percaya bahawa Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang sentiasa akan menuntun. Aku begitu bersyukur kerana ditawarkan pengajian yang aku pohon tempoh hari di portal rasmi UPU, sungguhpun pilihan itu bukanlah pilihan utamaku dalam menggapai kerjaya yang aku impikan.

  Sejujurnya hati ini sudah terpikat dengan pengajian latihan separa perubatan yang menawarkan biasisawa yang begitu lumayan serta menjajikan pekerjaan setelah tamat latihan.Aku tidak bermaksud melepaskan tawaranku di UPU namun, pengajian tersebut memakan kos yang tinggi dan bakal membebani kedua orang tuaku.Aku juga tidak ingin membebani abang abangku yang telah pun mendirikan rumah tangga, kerana aku tahu mereka juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam keluarga mereka.

  Kini, aku masih menanti dan berharap agar masih berpeluang untuk mendapat tawaran latihan separa perubatan yang telahku pohon di portal SPA. Sungguhpun demikian, biarlah takdir yang menentukan di mana arah tuju perjalananku ini dalam bidang pengajian. Kita sebagai insan biasa hanya mampu merancang namun segala hal yang berlaku dalam hidup kita ini sebahagian besarnya adalah merupakan rencana Tuhan yang maha esa.

  Aku tidak akan gundah sekiranya jalan yang berliku harus ku lalui, malah aku bersyukur kerana Tuhan memberiku kesempatan untuk membentuk diriku agar lebih kuat selepas ini. Aku pasti bohong sekiranya  mengatakan tidak akan pernah mengeluh di saatku menghadapi kesulitan, hal ini demikian kerana aku juga manusia biasa yang masih tercari-cari akan jalan yang benar buat diri ini.

  Aku bakal ketemu teman baru , bak kata orang tempat baru kawan pun baru. Begitu juga dengan cara bertahan hidup di perantauan, pasti cabarannya jauh lebih berbeza sebelum ini.Hati ini sering tertanya akan teman baru yang akan ku temui. Aku sangat berharap moga dapat sahabat yang mampu membimbingku dan yang paling penting  adalah sekepala dengan kepala otakku ini. Akan ku iringi setiap langkah ini dengan doa agar tidak jatuh dalam lembah kegiatan negatif di perantauan kelak.

  Sungguhpun demikian, ada saja persoalan tidak patut yang sering berlegar di fikiran ini. Sewaktu di zaman SMK dulu, aku sudah menabur bibit-bibit cinta pada gadis impian hidupku. Hari demi hari,rasa sayang terhadapnya semakin menggunung,dan niat till jannah tu pun hadir. Walaupun demikian, diri ini takut akan tergoda dengan cinta buat kali kedua di perantaun. Hati ini sama sekali tidak mengizinkan untuk ada ruang buat gadis yang lain, kerana raga ini sudah tidak ingin lagi untuk mengulang semua kembali. #bukan senang nak kenal orang baru dalam hidup.

  Justeru, akan ku persiapkan ilmu di dada agar menjadi lebih matang dalam menempuh lembaran baru  kehidupan ini. Diri harus kuat mengharungi segala halangan ,barulah tidak goyah dan semangat tidak luntur walau dilanggar badai. Aku redha seadanya sekiranya takdirku sudah pun ditentukan.


pantun c yaki kalasi...

Pergi memancing ikan tenggiri,
Malang nasib disambar petir,
Kemana harus aku membawa diri,
Segalaku serah pada ketentuan takdir,




SEKADAR INGIN BERKONGSI, meluahkan isi hati kecil ini.
terima kasih sudah sudi baca!!!



Secebis kenangan manis di zaman smk
bersama guru trsayang




  

  



Wednesday, 8 April 2020

Ini lah WAKTU yang tepat


Hai rakan-rakan sekalian. Apa khabar, saya harap anda dalam keadaan sihat-sihat sahaja. Ya, seperti yang kita tahu perintah kawalan pergerakan mungkin akan dilanjutkan kelak.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian ,ini lah waktu nya. Ini lah masa yang sesuai untuk kita lebih mengenali tuhan. Ada sebab-sebab tertentu mengapa Tuhan mengizinkan keadaan ini berlaku. Seperti yang kita tahu, ramai manusia telah pun terjerumus dalam dosa, bahkan langsung tidak  mengenal Tuhan. Hal ini kerana,mereka menjadi taksub dengan kesoronakan yang ada di dunia. Mereka telah lupa akan firman Tuhan yang menjadi penuntun hidup mereka.

Oleh yang demikian, ini adalah waktu yang tepat untuk kita lebih mengenali Tuhan. Banyakkan berdoa dan  jadilah rajin untuk mendengar firman Tuhan. Lebih kerap kita berdoa, semakin dekat diri kita dengan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita tidak akan lagi sama ketika kita kerap berdoa. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik. Jujur saya katakan bahawa, saya berasa senang saat berdoa. Malahan,saya pernah merasakan di mana badan saya tiba-tiba menjadi ringan ketika berdoa, seolah-olah tubuh saya sedang terapung bagai diangkat di udara. Selain itu, saya pernah rasa terharu kekadang saat berdoa, sampai boleh menitiskan air mata. Hal ini terjadi ketika kita menikmati doa kita ,(enjoy masa berdoa). Dengan demikian, hidup kita akan lebih selesa, lebih damai, dan aman.

Dalam pada itu, adakah kita pernah mengambil berat tentang kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan sebelum ini? Adakah kebaikan yang telah kita lakukan itu sudah cukup ataupun tidak? Ini lah waktu yang tepat untuk memikirkan jawapan bagi diri kita. Sedar atau tidak, ribuan umat manusia menghembuskan nafas terakhir mereka setiap hari, setiap jam, malah setiap detik. Sebagai manusia, masa hidup kita di duna ini adalah singkat. Kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba, tapi yang pasti ianya akan tiba dan harus kita lalui. Oleh itu,lakukanlah lebih banyak kebaikan sementara kita masih hidup. Cuba rakan-rakan bayangkan, setiap pagi kita masih lagi mampu untuk bangun dari tidur dan bernafas seperti biasa. Ini semua disebabkan kemurahan Tuhan yang tidak terhingga. Ini bermakna, Tuhan masih memberikan kita peluang untuk berbuat baik dan memperbaiki keburukan kita.Justeru, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin agar kita bisa menjadi saksi-saksi Tuhan yang boleh menebarkan kasih kepada orang lain. Setidaknya, kita boleh memberikan kegembiraan pada orang lain dengan mengkhabarkan berita baik kepada mereka. Percayalah, bahawa mereka sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar khabar gembira dari kita. Manalah tau, khabar gembira tersebut mungkin mampu mengukir senyuman di wajah mereka. Saya masih lagi ingat akan kata-kata kalimat yang diungkapkan oleh guru saya di sekolah menengah dahulu ,"adalah lebih baik mengejar syurgawi dahulu barulah duniawi". Maksudnya, kita patut mengutamakan kehendak Tuhan terlebih dahulu barulah kita boleh menyelesaikan urusan duniawi. Maka, perbuatlah sebanyak mungkin kebaikan tidak kira besar ataupun kecil perbuatan itu, asalkan kita dapat berbagi kasih melalui hati yang ikhlas untuk berkongsi.

Pada masa yang sama,ini juga masa yang paling sesuai untuk kita lebih dekat dengan anggota keluarga kita. Contohnya, kalau sebelum ini kita jarang  mempunyai masa untuk bersama keluarga. Hal ini mungkin disebabkan kesibukan pekerjaan dan kerjaya yang ingin dikecapi. Pastilah hubungan kekeluargaan itu kurang erat bukan. Justeru, mari kita ambil watu ini untuk mengeratkan silaturahim kita dengan keluarga dengan kerap berkomunikasi sesama anggota. Makan malam bersama juga mampu melahirkan hubungan yang lebih kukuh berbanding makan malam sorang-sorang.Oleh itu,apabila tiba waktu makan, rajinkan diri untuk sentiasa makan bersama keluarga. Jangan sesekali mengelak untuk makan bersama kerana, ianya ibarat mencuba untuk melonggarkan ikatan bersama ahli keluarga.

Konklusinya, hidup kita ini adalah satu peluang yang tidak ada kedua kalinya. Segala sesuatu yang ada di dunia ini hanya bersifat sementara dan tidak kekal sampai akhir zaman.Oleh itu, belajarlah untuk sentiasa menghargai setiap pertemuan dengan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan orang di sekeliling kita. Janganlah kita menjadi seperti peribahasa " sudah terhantuk baru nak terngadah", kerana orang yang telah pergi tidak akan kembali.

SEKIAN........................
Tuhan itu adil
GOD BLESS YOU


Sunday, 22 March 2020

Cinta Monyet, versi bawah kulung

Salam bertemu kembali ke laman blog saya! Saya harap rakan rakan semua sihat- sihat belaka. Mohon rakan- rakan semua sentiasa berada di rumah ekoran penularan wabak penyakit PANDEMIC, yang dikenali sebagai COVID-19.


Sebelum kita mula cerita, mohon tarik nafas dulu.ahhaah


Pernakah anda, mendengar tentang cinta monyet!!!
Hah! ,saya tahu bahawa anda pernah dengar tentangnya sebelum ini, ada kemungkinan besar anda semua berada dalam situasi ini sekarang, betul kaitu??????heehhehehe



Mestilah kan.  Masa remaja ini merupakan zaman yang paling hebat,kerana secara tidak sengaja kita mempunyai perasaan suka yang begitu menggunung terhadap seseorang. Terutamanya apabila naik zaman sekolah menengah. Di situ lah anak- anak remaja akan merasakan pengalaman di awang-awangan atau mabuk cinta

Apatah lagi,kalau menjadi bintang atlet kebanggaan sekolah, tentu ramai orang yang suka atau meminati kita. Sebagai seorang atlet tentu ramai kenalan yang ingin untuk mendapatkan no. whatapps kite....Alasannya nak tambah contact jer, last- last tu sangkut (couple).

Ehem ehem..Bila dah bercinta tu, mula lah lupa study.Bukan sebab apa, alasannya tu sibuk layan BF/GF dekat  whatapps. Lepas couple tu, diorang ni dah tak panggil nama dah, diorang panggil hubby,babby,sayang,yank, darling, dan banyak lagi.Menarik bukan, belum ada apa-apa lagi dah panggil sweet-sweet. Lama- lama couple tu, dah mula la pula berkongsi psal favourite masing- masing, video call tiap malam, kalau bukan pun on call.


Lepas couple 2,3 bulan tu break pula.Sedih bukan, takde jodoh la katakan, dan ini lah yang dikatakan cinta monyet atau cinta yang belum lagi serius (cinta main-main)

Oleh itu, anda janganlah taksub sangat dengan cinta zaman sekolah menengah ni.Sebab ini hanyalah sebahagian daripada proses kita untuk menjadi matang ataupun meningkat dewasa. Kalau nak bercinta, cari lah seseorang yang sudi tunggu kita sampai ke alam kerjaya. Sebab apa, mungkin dia lah insan yang betul- betul boleh hidup dengan kita. Mana la tahu, mungkin dia boleh teman kita sampai tua.

Konklusinya, cinta monyet ni tak salah dalam kalangan anak remaja, cuma jangan sampai ianya boleh menghalang kejayaan kita kelak. Akhir sekali, saya ucapkan semoga berjaya dalam menempuh hidup yang penuh dengan pancaroba ini.Sekian.


#cinta monyet bukan kaleng-kaleng



Boy: saya sanggup meredah lautan api, hanya untuk mencintai mu

Girl: puiii!!!, tipu saja kau sana, kupi panas pun tiup, apa lagi lautan api,
#bukan besa besa


Friday, 20 March 2020

Anugerah Menjadi Remaja

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana, rakan-rakan sudi untuk berkunjung ke blog saya.Apa yang saya ingin kongsikan pada ketika ini adalah berkenaan dengan keindahan menjadi seorang remaja.Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, menjadi seorang remaja merupakan satu perkara yang istimewa.Hal ini kerana,pada saat ini lah kita akan belajar banyak perkara menarik sama ada yang baik ataupun buruk.


Walaubagaimanapun,ramai remaja belakangan ini telah terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok,meminum minuman beralkohol,berkelahi, dan vandalisme. Bagi mereka, perbuatan seperti ini dapat menunjukkan kegagahan mereka.Dalam erti kata lain, mereka berasa hebat apabila melakukan perbuatan sedimikian, sungguhpun perbuatan tersebut sebenarnya merugikan diri sendiri.


Kepada rakan-rakan yang baru sahaja meningkat remaja,dimohon agar tidak terlibat dalam kegiatan sedemikian.Ini kerana, ianya boleh menggelapkan masa depan kita.
 

Contoh yang dapat saya kongsikan di sini ialah, rakan -rakan saya sendiri semasa di sekolah menengah dulu.Mereka adalah senior saya pada ketika itu.Kebanyakkan daripada mereka adalah bertubuh sasa atau dikenali sebagai 'abang sadoo'.Hampir keseluruhan mereka bercita-cita untuk menjadi tentera dan polis.Namun apa akan daya, hajat mereka tidak kesampaian.....

Ini kerana, mereka tidak melepasi satu syarat yang diperlukan utuk kerjaya tersebut.Syarat tersebut kelihatan mudah sahaja, iaitu 'medical check up' atau pemeriksaan kesihatan.Mereka semua melepasi syarat-syarat lain, namun syarat yang baru sahaja saya sebutkan tadi tidak mereka lepasi.

Mereka berasa kesal dan sedih kerana hasrat mereka yang indah itu tidak tercapai. Ini disebabkan  kegiatan mereka dahulu semasa di usia remaja. Rata- rata dari mereka mempunyai masalah sakit bahagian dada, dan paru-paru kurang sihat.Justeru itu, mereka terpaksa melepaskan impian mereka begitu saja.

Konklusinya, masa remaja itu amatlah berhaga dan istimewa.Oleh itu, lakukan sahaja apa yang anda inginkan seperti menimba ilmu, berkecimpung dalam seni musik, belajar seni bela diri , terlibat dengan aktiviti sukan luar.

#Lakukan yang baik-baik saja yaa rakan- rakan.....piss yooo



indahnya menjadi remaja



remaja itu tonggak negara