Walaubagaimanapun,ramai remaja belakangan ini telah terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok,meminum minuman beralkohol,berkelahi, dan vandalisme. Bagi mereka, perbuatan seperti ini dapat menunjukkan kegagahan mereka.Dalam erti kata lain, mereka berasa hebat apabila melakukan perbuatan sedimikian, sungguhpun perbuatan tersebut sebenarnya merugikan diri sendiri.
Kepada rakan-rakan yang baru sahaja meningkat remaja,dimohon agar tidak terlibat dalam kegiatan sedemikian.Ini kerana, ianya boleh menggelapkan masa depan kita.
Contoh yang dapat saya kongsikan di sini ialah, rakan -rakan saya sendiri semasa di sekolah menengah dulu.Mereka adalah senior saya pada ketika itu.Kebanyakkan daripada mereka adalah bertubuh sasa atau dikenali sebagai 'abang sadoo'.Hampir keseluruhan mereka bercita-cita untuk menjadi tentera dan polis.Namun apa akan daya, hajat mereka tidak kesampaian.....
Ini kerana, mereka tidak melepasi satu syarat yang diperlukan utuk kerjaya tersebut.Syarat tersebut kelihatan mudah sahaja, iaitu 'medical check up' atau pemeriksaan kesihatan.Mereka semua melepasi syarat-syarat lain, namun syarat yang baru sahaja saya sebutkan tadi tidak mereka lepasi.
Mereka berasa kesal dan sedih kerana hasrat mereka yang indah itu tidak tercapai. Ini disebabkan kegiatan mereka dahulu semasa di usia remaja. Rata- rata dari mereka mempunyai masalah sakit bahagian dada, dan paru-paru kurang sihat.Justeru itu, mereka terpaksa melepaskan impian mereka begitu saja.
Konklusinya, masa remaja itu amatlah berhaga dan istimewa.Oleh itu, lakukan sahaja apa yang anda inginkan seperti menimba ilmu, berkecimpung dalam seni musik, belajar seni bela diri , terlibat dengan aktiviti sukan luar.
No comments:
Post a Comment