Wednesday 8 April 2020

Ini lah WAKTU yang tepat


Hai rakan-rakan sekalian. Apa khabar, saya harap anda dalam keadaan sihat-sihat sahaja. Ya, seperti yang kita tahu perintah kawalan pergerakan mungkin akan dilanjutkan kelak.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian ,ini lah waktu nya. Ini lah masa yang sesuai untuk kita lebih mengenali tuhan. Ada sebab-sebab tertentu mengapa Tuhan mengizinkan keadaan ini berlaku. Seperti yang kita tahu, ramai manusia telah pun terjerumus dalam dosa, bahkan langsung tidak  mengenal Tuhan. Hal ini kerana,mereka menjadi taksub dengan kesoronakan yang ada di dunia. Mereka telah lupa akan firman Tuhan yang menjadi penuntun hidup mereka.

Oleh yang demikian, ini adalah waktu yang tepat untuk kita lebih mengenali Tuhan. Banyakkan berdoa dan  jadilah rajin untuk mendengar firman Tuhan. Lebih kerap kita berdoa, semakin dekat diri kita dengan Tuhan. Percayalah bahawa hidup kita tidak akan lagi sama ketika kita kerap berdoa. Apa yang saya maksudkan di sini ialah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik. Jujur saya katakan bahawa, saya berasa senang saat berdoa. Malahan,saya pernah merasakan di mana badan saya tiba-tiba menjadi ringan ketika berdoa, seolah-olah tubuh saya sedang terapung bagai diangkat di udara. Selain itu, saya pernah rasa terharu kekadang saat berdoa, sampai boleh menitiskan air mata. Hal ini terjadi ketika kita menikmati doa kita ,(enjoy masa berdoa). Dengan demikian, hidup kita akan lebih selesa, lebih damai, dan aman.

Dalam pada itu, adakah kita pernah mengambil berat tentang kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan sebelum ini? Adakah kebaikan yang telah kita lakukan itu sudah cukup ataupun tidak? Ini lah waktu yang tepat untuk memikirkan jawapan bagi diri kita. Sedar atau tidak, ribuan umat manusia menghembuskan nafas terakhir mereka setiap hari, setiap jam, malah setiap detik. Sebagai manusia, masa hidup kita di duna ini adalah singkat. Kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba, tapi yang pasti ianya akan tiba dan harus kita lalui. Oleh itu,lakukanlah lebih banyak kebaikan sementara kita masih hidup. Cuba rakan-rakan bayangkan, setiap pagi kita masih lagi mampu untuk bangun dari tidur dan bernafas seperti biasa. Ini semua disebabkan kemurahan Tuhan yang tidak terhingga. Ini bermakna, Tuhan masih memberikan kita peluang untuk berbuat baik dan memperbaiki keburukan kita.Justeru, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin agar kita bisa menjadi saksi-saksi Tuhan yang boleh menebarkan kasih kepada orang lain. Setidaknya, kita boleh memberikan kegembiraan pada orang lain dengan mengkhabarkan berita baik kepada mereka. Percayalah, bahawa mereka sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendengar khabar gembira dari kita. Manalah tau, khabar gembira tersebut mungkin mampu mengukir senyuman di wajah mereka. Saya masih lagi ingat akan kata-kata kalimat yang diungkapkan oleh guru saya di sekolah menengah dahulu ,"adalah lebih baik mengejar syurgawi dahulu barulah duniawi". Maksudnya, kita patut mengutamakan kehendak Tuhan terlebih dahulu barulah kita boleh menyelesaikan urusan duniawi. Maka, perbuatlah sebanyak mungkin kebaikan tidak kira besar ataupun kecil perbuatan itu, asalkan kita dapat berbagi kasih melalui hati yang ikhlas untuk berkongsi.

Pada masa yang sama,ini juga masa yang paling sesuai untuk kita lebih dekat dengan anggota keluarga kita. Contohnya, kalau sebelum ini kita jarang  mempunyai masa untuk bersama keluarga. Hal ini mungkin disebabkan kesibukan pekerjaan dan kerjaya yang ingin dikecapi. Pastilah hubungan kekeluargaan itu kurang erat bukan. Justeru, mari kita ambil watu ini untuk mengeratkan silaturahim kita dengan keluarga dengan kerap berkomunikasi sesama anggota. Makan malam bersama juga mampu melahirkan hubungan yang lebih kukuh berbanding makan malam sorang-sorang.Oleh itu,apabila tiba waktu makan, rajinkan diri untuk sentiasa makan bersama keluarga. Jangan sesekali mengelak untuk makan bersama kerana, ianya ibarat mencuba untuk melonggarkan ikatan bersama ahli keluarga.

Konklusinya, hidup kita ini adalah satu peluang yang tidak ada kedua kalinya. Segala sesuatu yang ada di dunia ini hanya bersifat sementara dan tidak kekal sampai akhir zaman.Oleh itu, belajarlah untuk sentiasa menghargai setiap pertemuan dengan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan orang di sekeliling kita. Janganlah kita menjadi seperti peribahasa " sudah terhantuk baru nak terngadah", kerana orang yang telah pergi tidak akan kembali.

SEKIAN........................
Tuhan itu adil
GOD BLESS YOU


No comments:

Post a Comment