Monday 22 June 2020

Lembaran Baru Kehidupanku

  Setelah 11 tahun, berakhirlah  penimbaanku ilmu  di sekolah harian yang Sedikit sebanyak telah mencorak peribadiku serta pemikiranku mengenai dunia yang luas ini. Aku sangat berysukur kerana masih punya orang tua yang maha tahu akan keperluan ku selama ini, serta tidak henti-henti untuk memberikan yang terbaik untuk anak bongsu mereka.
 
  Hatiku sering tertanya-tanya akan bentuk cabaran dan dugaan yang akan ku tempuhi selepas ini.Kekadang hati ini  berasa risau kerana kelak takut tidak mampu untuk mengharunginya sendirian.Walaubagaimanapun, hati kecil ini tetap percaya bahawa Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang sentiasa akan menuntun. Aku begitu bersyukur kerana ditawarkan pengajian yang aku pohon tempoh hari di portal rasmi UPU, sungguhpun pilihan itu bukanlah pilihan utamaku dalam menggapai kerjaya yang aku impikan.

  Sejujurnya hati ini sudah terpikat dengan pengajian latihan separa perubatan yang menawarkan biasisawa yang begitu lumayan serta menjajikan pekerjaan setelah tamat latihan.Aku tidak bermaksud melepaskan tawaranku di UPU namun, pengajian tersebut memakan kos yang tinggi dan bakal membebani kedua orang tuaku.Aku juga tidak ingin membebani abang abangku yang telah pun mendirikan rumah tangga, kerana aku tahu mereka juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam keluarga mereka.

  Kini, aku masih menanti dan berharap agar masih berpeluang untuk mendapat tawaran latihan separa perubatan yang telahku pohon di portal SPA. Sungguhpun demikian, biarlah takdir yang menentukan di mana arah tuju perjalananku ini dalam bidang pengajian. Kita sebagai insan biasa hanya mampu merancang namun segala hal yang berlaku dalam hidup kita ini sebahagian besarnya adalah merupakan rencana Tuhan yang maha esa.

  Aku tidak akan gundah sekiranya jalan yang berliku harus ku lalui, malah aku bersyukur kerana Tuhan memberiku kesempatan untuk membentuk diriku agar lebih kuat selepas ini. Aku pasti bohong sekiranya  mengatakan tidak akan pernah mengeluh di saatku menghadapi kesulitan, hal ini demikian kerana aku juga manusia biasa yang masih tercari-cari akan jalan yang benar buat diri ini.

  Aku bakal ketemu teman baru , bak kata orang tempat baru kawan pun baru. Begitu juga dengan cara bertahan hidup di perantauan, pasti cabarannya jauh lebih berbeza sebelum ini.Hati ini sering tertanya akan teman baru yang akan ku temui. Aku sangat berharap moga dapat sahabat yang mampu membimbingku dan yang paling penting  adalah sekepala dengan kepala otakku ini. Akan ku iringi setiap langkah ini dengan doa agar tidak jatuh dalam lembah kegiatan negatif di perantauan kelak.

  Sungguhpun demikian, ada saja persoalan tidak patut yang sering berlegar di fikiran ini. Sewaktu di zaman SMK dulu, aku sudah menabur bibit-bibit cinta pada gadis impian hidupku. Hari demi hari,rasa sayang terhadapnya semakin menggunung,dan niat till jannah tu pun hadir. Walaupun demikian, diri ini takut akan tergoda dengan cinta buat kali kedua di perantaun. Hati ini sama sekali tidak mengizinkan untuk ada ruang buat gadis yang lain, kerana raga ini sudah tidak ingin lagi untuk mengulang semua kembali. #bukan senang nak kenal orang baru dalam hidup.

  Justeru, akan ku persiapkan ilmu di dada agar menjadi lebih matang dalam menempuh lembaran baru  kehidupan ini. Diri harus kuat mengharungi segala halangan ,barulah tidak goyah dan semangat tidak luntur walau dilanggar badai. Aku redha seadanya sekiranya takdirku sudah pun ditentukan.


pantun c yaki kalasi...

Pergi memancing ikan tenggiri,
Malang nasib disambar petir,
Kemana harus aku membawa diri,
Segalaku serah pada ketentuan takdir,




SEKADAR INGIN BERKONGSI, meluahkan isi hati kecil ini.
terima kasih sudah sudi baca!!!



Secebis kenangan manis di zaman smk
bersama guru trsayang